Wednesday, September 24, 2008

kau si pelakon handalan

Sesetengah org tidak suka melihat org lain bahagia
lalu sengaja mencari ruang
untuk mengungkit semula kenangan lama
untuk apa?
dulu mungkin aku akan berlembut
sekarang?
maaf
setelah apa yang kau lakukan
pelbagai tohmahan yang engkau sebarkan
aku sudah tidak betah untuk berlembut
engkau berlagak seolah-olah malaikat
tidak pernah melakukan kesilapan
ingin aku ingatkan
antara kami tiada lagi rahsia
tidak perlu lagi mengungkit tentang perasaan dulu
sekali kau buat aku tersakiti
aku akan pastikan kau seribu kali terluka kali ini
lenyapkanlah dirimu dari kebahagiaan aku
jangan letakkan status perampas untuk selama-lamanya dlm dirimu

Monday, September 15, 2008

renungan

bulan puasa bulan yang mulia
bulan untuk beramal
jika melakukan kesilapan
boleh lagi meminta keampunan dariNya
Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang
tapi kalau berceritakan tentang aib orang lain?
bukankah hanya akan diampunkan dosanya
jika dimaafkan oleh insan terbabit
jangan cuba menangguk di air yang keruh
makin di tangguk semakin mengeruh
renungkan diri sendiri
membawa mulut juga satu dosa
dan tidak akan diampunkan dosanya
melainkan dimaafkan oleh insan yg diaibkan
fikiranmu sudah matang
matang itu bukan saja dari segi penulisan
tapi dari segi pemikiran
orang yang redha tidak akan mengungkit
hal yang telah berlalu
hanya untuk meraih simpati
itu bukanlah kematangan
tetapi kebudak-budakkan
aku tidak bijak untuk menulis
namun aku masih mampu mengawal mulut
walaupun banyak yang aku tahu
namun masih aku diamkan
untuk apa membuka aib orang
lebih baik disimpan
biar si pelaku sendiri
menyedari
barah iri hati itu
akhirnya akan memakan diri

Friday, September 12, 2008

..

rupa yang elok disangka asli
namun terselindung
di sebalik topeng dusta
apa guna bersembunyi
takutkah untuk menghadapi
makin ditutup
makin terbongkar
tiada apa yang akan tinggal
hanyalah kebenaran
yang akan terungkai